Sabtu, 12 Juni 2010

Tanaman Buah Mata Naga

Posted by: admin In: Pitaya| pertanian

pitaya4

Buah mata naga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang telah menapak di dalam pemakanan penduduk di negara ini dan boleh dikatakan buah yang begitu sedap. Penanaman buah mata naga di Malaysia mendapat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sesetengah pengusaha tidak mampu untuk mengatasi permintaan pasaran kerana tidak dapat mengatasi masalah penyakit yang sedang menyerang tanaman ini.

pitaya2

Bagi yang ingin mencuba tanaman ini dirumah, beberapa panduan boleh anda ambil. Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.


pitaya3

Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

pitaya

Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari. Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun. (http://teknologipertanian.com/)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.